WAJIB TAHU: Senarai (Checklist) Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital

Loading...

Senarai (Checklist) Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin Di Hospital

Saat kelahiran bayi adalah detik-detik penting yang dinantikan oleh pasangan suami isteri. Saat yang penuh mendebarkan dengan perasaan yang bercampur baur. Namun sebelum melalui saat-saat tersebut, ada perkara yang tidak kurang pentingnya juga iaitu menyediakan barang-barang keperluan ibu dan bayi sebelum kelahiran.

Biasanya, apabila usia kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse yang bertugas akan mengingatkan agar para ibu untuk menyediakan barang keperluan ibu dan bayi untuk dibawa ke hospital sebelum bersalin. Semua barang ni selalunya kita letak di dalam sebuah beg, kemudian ditempatkan di dalam boot kereta yang dibawa ke mana-mana para ibu pergi.

Persediaan lebih awal ni sangat penting agar ibu dan ayah tidak kelam-kabut di saat-saat kelahiran. Buatnya ibu bersalin awal daripada jangkaan, huru-hara jadinya. Masa inilah nak uruskan ibu dan bayi, masa inilah juga nak cari barang itu ini.

Lagipun, ketenangan ibu turut mempengaruhi proses kelahiran yang lebih mudah. Kalau ibu dah stress, bayi pun susah nak keluar pulak karang.

 

 

Tips sebelum bersalin

 

 

Keperluan Ibu Di Wad

Tuala – sehelai
Kain batik – 2-3 helai
Maternity Pad – 12 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)
Toiletries –  berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)
Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)
Nursing cover – 1 helai (ibu dapat menyusu dengan lebih selesa)
Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)
Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)
Kismis, kurma, biskut, roti (boleh dipek kecil awal-awal kecuali roti yang cepat expired)
Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.
Pakaian dalam – bawa untuk 2 hari
Stoking tebal – 1-2 pasang
Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana. Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.
Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.
Set Berpantang Shaklee – boleh dimakan terus selepas kelahiran bayi. Sangat penting ambil Ostematrix bagi mengelakkan sembelit lepas bersalin serta elakkan sakit, kebas dan lenguh-lenguh badan, Omega bagi mengecutkan segera bengkak dalaman.
Vivix – Vivix ni, ramai sangat para ibu yang bersalin normal atau pembedahan amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin serta menjadi lebih cergas. Sebabnya Vivix mengandungi resveratrol yang memberi kebaikan itu semua.

 

Keperluan Bayi Di Wad

Baju lengan panjang – 1 helai
Baju lengan pendek – 3 helai
Tuala – 1 helai
Lampin – 5 helai
Diaper/Nappy – 10 keping
Kain bedung – 1-2 helai
Mitten & booties – 3 pasang
Topi bayi – 1 helai
Tisu lembab (wet tissue) – 1 pek

 

Keperluan Ibu Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

Hanya bawa diri dan kandungan jer….hehehe. Nanti ibu perlu menukar pakaian sedia ada dengan pakaian hospital. Pastikan tanggal semua perkakas emas atau perhiasan badan.

Keperluan Bayi Ke Bilik Bersalin (Labour Room)

Baju lengan panjang – 1 helai (labour room sejuk tau)
Kain bedung – 1 helai
Diaper/Nappy – 1 keping
Mitten & Booties – 1 pasang
Topi bayi – 1 pasang

 

Pengalaman melahirkan bayi ni memang berbeza setiap orang. Ada yang cepat daripada tarikh yang dijangkakan, ada yang terlewat, malah ada jer yang tepat. Tapi apa-apa pun, jangan lupa buat senarai dan sediakan barang keperluan ibu dan bayi sebelum bersalin ke hospital.

Saya pun dalam proses nak menyediakan senarai barang-barang ibu dan bayi sebelum bersalin gak ni. Doakan proses dan urusan kelahiran anak ketiga kami nanti selamat dan dipermudahkan ye 🙂

Sumber: Myliferia.com

Loading...