Raut wajah wanita ini bertukar menjadi nenek tua dalam semalam! Sebab di sebaliknya amat menakutkan…

Raut wajah wanita ini bertukar menjadi nenek tua dalam semalam! Sebab di sebaliknya amat menakutkan…

Loading...

Raut wajah wanita ini bertukar menjadi nenek tua dalam semalam! Sebab di sebaliknya amat menakutkan…

Raut wajah wanita ini bertukar menjadi nenek tua dalam semalam! Sebab di sebaliknya amat menakutkan…

Ini bukan cobaan tapi ini betul-betul! Ya, ia merupakan satu kejadian benar yang terjadi kepada seorang wanita di negara China. Wanita yang baru berusia 28 tahun dan mempunyai dua orang anak ini tidak sama sekali kelihatan seperti ibu muda sebaliknya lebih mirip seorang nenek tua.

Hu Juan yang berasal dari daerah Zhengzhou menyedari raut wajahnya mulai berubah setelah melahirkan anak pertama kira-kira 11 tahun lalu. Semenjak itu, berlaku penuaan pada kulit wajahnya yang berkerut selain lehernya juga kelihatan mengendur.

Keadaan misteri Hu Juan ini adalah berpunca daripada satu penyakit yang dikenali sebagai Cutis laxa dan dikatakan hanya 10 individu di dunia yang menghidap penyakit aneh ini.

Disebabkan penyakit ini juga, Hu Juan pernah cuba untuk membunuh diri kerana malu dengan keadaan diri yang sebenar dan pandangan daripada orang luar. Tambahan pula, anak-anaknya malu untuk mengaku wanita tua tersebut sebagai ibu kandung sekali gus menambah tekanan pada Hu Juan.

Hu Juan dan suaminya menyangka setelah melahirkan anak kedua, perubahan positif akan berlaku pada dirinya namun tidak.

Dengan keadaan sebegitu rupa, mungkin individu lain akan mula menjauhkan diri namun suami tercinta tetap setia bersama isterinya. Walaupun penampilan dan kecantikan si isteri mulai memudar, sang suami masih kekal menemani dan berada di samping isterinya.

Lantaran kisah yang begitu menyentuh hati ini, sebuah pusat pembedahan plastik di Shanghai telah mengumpulkan beberapa pakar bagi membantu mengembalikan kecantikan Hu Juan. Walau bagaimanapun, para doktor masih belum dapat memastikan sama ada operasi berkenaan akan berjaya sepenuhnya atau menemui kegagalan.

Kasihan sungguh nasib pasangan ini. Apabila keluar bersama, mereka akan dianggap sebagai pasangan ibu dan anak. Apa-apa pun, diharap pasukan doktor hebat dapat membantu Hu Juan mendapatkan semula kecantikannya.

Sumber: DailyMail

Loading...