Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Aneka Resipi Aiskrim Malaysia PELBAGAI PERISA…MUDAH DISEDIAKAN & SEDAP!!

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia. Sejak akhir – akhir ini, banyak perkongsian dari rakan- rakan facebook terutamanya yang mencuba pelbagai resipi untuk membuat aiskrim batang terutamanya aiskrim sumi yang sedap dan menyelerakan. Daripada kesan viral aiskrim sumi itu maka terciptalah lebih banyak aiskrim batang perlbagai rasa dan warna yang sesuai untuk dibuat oleh sesiapa sahaja. Dengan modal yang rendah dan resipi yang mudah aiskrim tersebut amatlah mudah untuk dibuat yang pastinya disukai kanak-kanak serta golongan dewasa dan bagi mereka yang berniat untuk berniaga boleh mencuba resipi ini.

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di MalaysiaDi sini dikongsikan resipi untuk membuat aiskrim sumi, aiskrim choki-choki, aiskrim Jelly Lolipop, aiskrim jeruk, aiskim kacang hijau, aiskrim nutella dan aiskrim gula apong/nise.
Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia
1. Resipi Aiskrim Sumi

Aneka Resipi Aiskrim Di Malaysia

Resipi: Noor Abdul Rahim/ Fazi- Fazi
Bahan-bahan :
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi – dibelah 4 setiap satu

cara-cara :
1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Matikan api.
3. Bubuh perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai.
5. Jangan lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya tau.

*Selain itu boleh gantikan sumi dengan biskut Cream o, Oreo dan lain.

2. Resipi Aiskrim choki-choki

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

 

Resipi: Aila
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air
secubit garam
2 sudu 1/2 tepung jagung

cara-cara :
kacau semua kemudian didihkan dengan api kecil
tepung jagung untuk bagi lembut
garam selain membangkitkan lemak dia boleh cegah kembung.. jangan lupa tapis ye
choki-choki tu potong 2 dan masukkan dalam plastik aiskrim kemudian picit-picit dan ratakan

3. Resipi Aiskrim Jelly Lolipop

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Bahan-bahan :
air 5000 ml
1 packet jelly (saya guna perasa laici)
1 tin susu cair
4 senduk gula
3 jenis pewarna
plastik ais krim

cara-cara :
1. Masuk kan air, jelly , susu cair dan gula (kacau dulu hingga sebati dan larut ya, baru hidup kan api)
2. Masak hingga larut dan sebati *kacau selalu ya
3. Rasa. kalau tawar tambh lagi gula.
4. Bahagi kan kepada 3 bahagian dan warna kan.
5. Isi dalam plastik. Ikat.. Siap!

4. Resipi Aiskrim Jeruk (Buah Kelubi)

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Resipi : Vochelle Putih
Bahan-bahan :
Air gula
Jeruk(Buah kelubi atau jeruk lain)

cara-cara :
Aiskrim ni paling mudah, buat air gula dan campur dengan jeruk.
Buah kelubi boleh potong kecil-kecil untuk dimasukkan dalam plastik aiskrim.

5. Resipi Aiskrim Kacang Hijau

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Resipi : Amoi Kedah
Bahan-bahan :
Kacang hijau RM2(rendam semalaman)
Santan 1 liter
Gula 2-3cwn(kalau taknak manis boleh kurangkan)
Gula merah RM2
1 – 3 cubit garam

cara-cara :
Kacang hijau yang dah di rendam semalaman 2 rebus sampai empuk/kembang
Air gula merah masak berasingn (tapis)
Bila kacang dah empuk masukkn air gula merah, gula, garam dan santan.
Masak macam buat bbur kacang.
Tutup api bila suam baru isi dalam plastik ais krim.

6. Resipi Aiskrim Nutella

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Resipi: C-la Leila Iela
Bahan-bahan :
1 tin susu manis
1 tin susu cair
5 tin air masak
2 1/2 sudu tepung jagung
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit garam

cara-cara :
masak air atas api kecil smpai semua larut dan mengelegak
air letak lebih kalau nak kurang manis atau boleh tambah sikit gula kalau nak manis lagi
sejukkan dulu ye baru tuang dalam plastik
letak nutella..lenyekkan..pastu baru tuang campuran tadi..

7. Resipi Aiskrim Apong/nise (seakan gula melaka)

Aneka Resipi Aiskrim Sedap Di Malaysia

Resipi : Pencuri Hati
cara-cara :
3 liter air
1 kg kelapa (buat santan)
Gula apong ori atau gula nira lebih kurang 700g.
Daun pandan 2 helai

cara-cara :
Gula tidak perlu. Kalau tak manis boleh tmbah lagi gula nira tu.
Masak air sampai mengelegak baru masukkan gula nira, santan dan daun pandan
Jangan lupa tapis air tu dulu sebelum masukkan dalam plastik aiskrim
Selamat mencuba

sumber: nizarazu